Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz dan kapten, Nasrullah Hanif Johan memiliki pandangan berbeza tentang peluang pasukan itu menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) hari ini.

Advertisements

Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada pasukan gergasi selatan tanah air. Musim 2023 saja menyaksikan Harimau Selatan meraih empat kemenangan ke atas skuad Rusa dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Selain itu, data Transfermarkt menunjukkan Negeri Sembilan hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan sama. Sementara JDT pula menjaringkan 16 gol dalam tempoh sama.

Advertisements

Hal ini mendorong Azzmi bersikap realistik tentang peluang pasukannya apabila bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam ini.

Meskipun kedua-dua pasukan tidak beraksi pada minggu pertama liga, beliau merasakan itu tidak akan memberi perbezaan kepada kedua-dua pasukan.

Advertisements

“Saya tidak melihat apa-apa perbezaan. Saya pasti mereka sangat bagus, mereka pasukan yang kuat dan sangat bagus atas padang. (Pilihan mereka) di bangku simpanan juga amat bagus.

“Jadi, kita tahu mereka amat stabil berbanding kita. Tapi Insya Allah, saya masih positif kita akan cuba mengimbangi perlawanan esok Insya Allah,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena semalam.

Advertisements

Berbeza dengan Azzmi, Nasrullah pula melihat skuad Rusa memiliki peluang untuk mencipta kejutan ke atas tuan rumah malam ini.

Ini kerana bek tengah berusia 33 tahun itu percaya para pemain mampu merealisasikan perancangan bekas pengendali PDRM itu untuk menjerat JDT.

Advertisements

“Sudah tentu ada perancangan yang betul-betul tepatlah untuk jurulatih (Azzmi) untuk JDT. Sebab JDT satu pasukan yang kuat.

“Bagi kami (sebagai) pemain, kami cuma ikut arahan jurulatih untuk bermain esok (hari ini). Dan saya yakin Insya Allah saya dan rakan-rakan mengikutlah segala perancangan jurulatih menentang JDT esok (hari ini),” katanya.

Selepas meraih kemenangan percuma 3-0 susulan tindakan Selangor FC menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih, JDT bakal melayan kunjungan Negeri Sembilan di SSI malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram