Park Hang-seo Bakal Jadi Jurulatih Singapura?
Asia Tenggara
AFC
Advertisements

Bekas pengendali skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo sehingga kini masih belum memutuskan pasukan mana yang akan dikendalikannya selepas meninggalkan Vietnam pada awal tahun ini.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengenai dirinya yang akan menjadi jurulatih Thailand namun ianya tidak menjadi kenyataan apabila Thailand melantik jurulatih dari Jepun, Masatada Ishii.

Bagi Hang-seo, setakat ini beliau hanya menjalankan kelas bola sepak buat pemain-pemain muda di Vietnam namun dalam masa yang sama masih berharap untuk melatih mana-mana pasukan kebangsaan jika berpeluang.

Advertisements

“Saya hanya boleh berkongsi dengan anda bahawa saya tidak akan kembali bekerja di Korea. Buat masa ini, saya membuka kelas latihan bola sepak remaja di Vietnam. Namun, saya masih bercadang untuk mencuba di negara lain jika diberi peluang,” jelas Hang-seo seperti dilaporkan Bongda.

Beberapa hari lalu, akhbar China seperti Sina, Dongqiudi, dan 163.com secara serentak melaporkan bahawa Persekutuan Bola Sepak Singapura (FAS) mahu mendapatkan khidmat Park Hang-seo.

Advertisements

Jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya kini berdepan situasi sukar selepas aksi kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Kontrak jurulatih dari Jepun itu dilaporkan akan tamat pada April tahun hadapan.

Park Hang-seo telah merekodkan beberapa kejayaan buat bola sepak Vietnam seperti menjadi naib juara Piala Asia Bawah 23 edisi 2018, menjulang Piala AFF 2018, pingat emas Sukan Sea 2022 dan juga membawa Vietnam mara ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2022.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram