Ads
Dunia
AFF

Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo meluahkan apa yang terbuku di hatinya selepas melihat kelab-kelab di Vietnam yang dilihat sukar untuk melepaskan pemain-pemain berhijrah ke luar negara seperti di Korea Selatan.

Advertisements

Park yang akan tamat kontrak pada penghujung Januari 2023 itu berkata bahawa kelab-kelab di Vietnam menyukarkan pemain untuk mengembangkan sayap ke luar negara. Mengambil contoh Jepun dan Korea Selatan, Park berharap kelab di Vietnam mampu belajar sesuatu demi mencapai sasaran layak ke Piala Dunia 2030.

Advertisements

“Banyak kelab di Korea Selatan meminati pemain Vietnam. Tetapi di Vietnam, kelab tidak sanggup melepaskan pemain mereka ke luar negara jadi sukar untuk mereka berhijrah. Di Jepun dan Korea Selatan, jika pemain mahu ke luar negara, kelab akan memudahkan mereka untuk pergi. Saya rasa ini adalah sesuatu yang boleh kita pelajari,” kata Park kepada media.

Advertisements

Advertisements

Melihat kepada sistem bola sepak sedia ada di Vietnam, Park merasakan sistem tersebut sudah stabil buat masa ini. Namun untuk mencapai sasaran ke Piala Dunia 2030, Vietnam perlu sentiasa menambah baik sistem bola sepak agar matlamat utama tercapai.

“Saya perlu melihat bagaimana generasi pemain sekarang dilaburkan. Kita tidak boleh mencapai matlamat kita jika kita tidak mempunyai sistem yang baik. Kita perlu melihat sama ada sistem bola sepak di Vietnam mampu memenuhi piawaian antarabangsa dan mencapai matlamat Piala Dunia pada 2030 atau tidak.

Advertisements

“Apabila sistem itu stabil, kita boleh mencapai sasaran kita. Saya rasa ia stabil pada masa ini tetapi pada masa akan datang kita perlu mempertimbangkan sama ada sistem itu mempunyai apa yang diperlukan untuk mencapai matlamat,” luah Park lagi.

Advertisements

Lima tahun bersama Vietnam, pelbagai kejayaan dikecapi Park. Antaranya kejuaraan Piala AFF 2018, mara ke suku akhir Piala Asia 2019, dua pingat emas Sukan SEA pada 2019 dan 2021, dan membantu pasukan mara ke pusingan kelayakan akhir Piala Dunia bagi kali pertama dalam sejarah Vietnam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram