Park Hang-seo Calon Pilihan Selamatkan Bola Sepak Korea Selatan
Asia
AFC
Advertisements

Bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo kini dicanang sebagai antara calon pilihan sebagai jurulatih interim skuad bola sepak Korea Selatan.

Sports Chosun melaporkan Jawatankuasa Teknikal Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) diketuai pengerusi baru, Jung Hae-seong melihat kehadiran jurulatih interim mampu menstabilkan semula pasukan itu.

Justeru, satu ketetapan dicapai dalam mesyuarat kedua jawatankuasa pada 24 Februari lalu. Jawatankuasa teknikal KFA memutuskan untuk melantik jurulatih Korea Selatan sebagai pengendali interim untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Thailand.

Advertisements

Antara tiga nama yang dilaporkan dalam pertimbangan mereka ialah Hang-seo, pengendali skuad Olimpik Korea Selatan, Hwang Seon-hong dan bekas jurulatih Gangwon, Choi Yong-soo.

Nama bekas jurulatih Vietnam itu bukanlah asing dalam kalangan penggiat bola sepak Korea Selatan.

Advertisements

Ini kerana beliau bertanggungjawab membantu pasukan Korea Selatan Bawah 23 Tahun (B-23) meraih pingat gangsa dalam acara bola sepak di temasya Sukan Asia 2002 di Busan.

Selain itu, Hang-seo juga membantu Pahlawan Bintang Emas muncul juara Piala AFF (2018) dan meraih pingat emas Sukan SEA untuk edisi 2019 dan 2021.

Advertisements

Ramai menjangkakan jurulatih interim Korea Selatan bakal bertugas untuk aksi ketiga kelayakan menentang Thailand pada 21 Mac ini di Stadium Piala Dunia Seoul.

Jawatankuasa teknikal KFA turut memutuskan untuk memilih jurulatih baru Pahlawan Taeguk menerusi proses pemilihan formal.

Advertisements

Dengan KFA dilaporkan mahu mendapatkan jurulatih asing, beberapa nama mula dikaitkan dengan kerusi panas itu seperti Steve Bruce, Philip Cocu, Senol Gunes dan Fabio Cannavaro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram