Park Hang-seo Kemudi Kelab Divisyen 3 Vietnam
Asia Tenggara
VFF
Advertisements

Bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo bakal pulang ke Vietnam untuk berkhidmat bersama salah satu kelab di sana.

Menurut portal The Asean Football, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu telah menandatangani kontrak sebagai penasihat kelab divisyen 3 di Vietnam, Bac Ninh FC.

“Bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang Seo, telah menandatangani kontrak untuk menjadi penasihat bagi kelab Bac Ninh”, tulis The Asean Football di laman X.

Advertisements

Bac Ninh FC merupakan kelab yang baru ditubuhkan dan bakal bersaing liga divisyen 3 Vietnam.

Park Hang-seo memulakan tugasnya di Vietnam sejak 2017 dan telah berjaya meraih pelbagai pencapaian cemerlang baik bersama skuad senior mahupun skuad bawah umur.

Advertisements

Antaranya pencapaiannya membawa skuad bawah 23 tahun Vietnam ke final Piala Asia bawah 23 tahun 2018 dan menggondol pingat emas dalam dua temasya Sukan Sea 2019 dan Sukan Sea 2022.

Jurulatih berusia 65 tahun itu juga berjaya membantu Vietnam memenangi Piala AFF Suzuki 2018 selain mara ke suku akhir Piala Asia 2019.

Advertisements

Namun, beliau memilih untuk tidak menyambung kontraknya bersama Vietnam dan namanya pernah dikaitkan bersama beberapa buah negara sebelum beliau mengambil keputusan untuk menjadi pengarah kelab Bac Ninh FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram