Park Hang-seo Mahu Jadi Jurulatih Thailand?
MakanBola
VFF

Bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo tidak menolak peluang menjadi jurulatih Thailand sekiranya peluang itu wujud.

Ketika ini, jurulatih Thailand, Mano Polking masih mempunyai kontrak dengan skuad Gajah Perang sehingga tamat kempen Piala Asia 2023.

Bagaimanapun, ramai menjangkakan jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu akan dilepaskan tanpa mengira pencapaian Thailand dalam kejohanan itu.

Ad

Justeru, tidak hairanlah antara nama yang digosipkan dengan jawatan tersebut ialah Hang-seo.

Ad

Begitupun, jurulatih Korea Selatan itu mahu melihat tawaran yang dikemukakan sebelum membuat keputusan.

Ad
Ad

“Dalam soal ini, anda perlu tanya ejen saya. Saya bersedia untuk mempertimbangkannya tetapi saya perlu tunggu ejen saya untuk menerima tawaran terlebih dahulu sebelum menghantarnya kepada saya.

Ad

“Sekiranya tawaran itu bagus, bagaimana pula denga penyokong? Saya perlu fikirkan semua itu,” katanya semasa dihubungi portal sukan Thailand, Think Curve.

Bila ditanya apa yang akan dilakukan beliau sekiranya menjadi jurulatih Thailand, Hang-seo menyatakan beliau mahu merealisasikan potensi para pemain sebagai pemenang.

“Falsafah saya ialah kemenangan. Saya akan keluarkan potensi pemain agar mereka dapat capai tahap terbaik mereka.

“Gaya pengurusan saya ialah mengenalpasti kekuatan pemain dan mengesan pemain pada kedudukan yang selari dengan potensi mereka serta menambahbaik kelemahan mereka,” tambahnya.

Gosip ini tidak akan mengganggu Polking fokus membantu Thailand menentang Singapura untuk aksi kelayakan kedua Kumpulan C malam ini.