Park Hang-seo Percaya Van Toan Boleh Berjaya Di K-League 2
Asia
@afcasiancup
Advertisements

Walaupun Seoul E-Land tewas 3-2 kepada Chungbuk Cheongju, penyerang mereka dari Vietnam, Nguyen Van Toan sudah menunjukkan bisanya dengan menjaringkan satu gol. Bagi bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo, beliau percaya bekas anak buahnya itu mampu berjaya di K-League 2.

Kenyataan ini keluar selepas wujud cakap-cakap yang mengatakan Van Toan tidak beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut. Bagi Hang-seo, kenyataan tersebut sama sekali tidak benar kerana beliau menonton perlawanan E-Land-Cheongju di Stadium Mokdong semalam.

“Dia (Van Toan) merupakan pemain yang bijak dan positif. Semasa saya di Vietnam, dia sentiasa buat saya pening kepala. Selepas hari ini, saya harap lebih ramai pemain Vietnam datang dan bermain di Korea Selatan tahun ini,” tegasnya kepada Zingnews.

Advertisements

Selain Van Toan, perlawanan semalam sepatutnya turut menampilkan pemain sayap negara, R. Kogileswaran. Bagaimanapun, nama Kogileswaran tidak tersenarai dalam kesebelasan utama mahupun sebagai pemain simpanan Cheongju.

Meskipun tidak tersenarai, bekas pemain sayap PJ City itu meraikan kejayaan rakan-rakan sepasukannya dengan komen di Instagram rasmi pasukan.

Van Toan bukan satu-satunya pemain Vietnam yang beraksi di K-League 2. Selain dia, Vu Minh Hieu dan Nguyen Canh Anh juga beraksi di liga berkenaan bersama Cheonan City Club.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram