Park Hang-seo Tak Tahu Nak Cakap Apa Dah
Dunia
Leo Shengwei
Advertisements

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam dari Korea, Park Hang-seo mengakui dan menerima kekalahan kepada Thailand.

Beliau turut tidak mahu memberikan sebarang komentar selain mengakui kesilapan pasukannya dalam edisi Piala AFF 2020.

“Kami kalah dan saya tiada apa yang perlu dicakapkan. Saya tak tahu nak cakap apa.”

Advertisements

“Jelas dan terang, Vietnam gagal, pasukan ini gagal mara ke perlawanan akhir dan ianya amat menyedihkan.” Jelas Park semasa sesi sidang media selepas perlawanan tamat.

“Kami mengakui kegagalan kami tetapi pemain sudah buat yang terbaik dalam perlawanan ini.

Advertisements

“Selepas ini saya tidak pasti samada Vietnam masih lagi pasukan terkuat di rantau ini (Asia Tenggara) akan tetapi kami bersedia menewaskan sesiapa sahaja.” Tambah beliau lagi.

Thailand sebelum ini menamatkan ‘kemarau’ kemenangan Vietnam di rantau Asia Tenggara menerusi kemenangan secara agregat 2-0 terhadap Vietnam sekaligus mara ke perlawanan akhir bertemu Indonesia yang dijadualkan berlangsung Rabu ini (29 Disember) di Stadium Nasional Singapura.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram