Park Hang-seo Tolak Tawaran RM4 Juta Setahun Kelab Indonesia
MakanBola
VFF
Sponsors

Bekas pengendali kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan menolak tawaran menjadi ketua jurulatih sebuah pasukan yang beraksi di Liga 1 Indonesia, Persib Bandung.

Jurnalis Vietnam, Minh Hai menyatakan bahawa Persib telah menawarkan sebanyak 22.5 Juta Dong Vietnam iaitu sekitar RM4.3 Juta untuk membawa masuk jurulatih dari Korea Selatan itu ke Indonesia.

Ad

Bagaimanapun Park Hang-seo menolak tawaran tersebut atas faktor keluarga.

Ad

Jurulatih berusia 65 tahun itu juga menyatakan bahawa beliau ingin memberi sepenuh fokus untuk mengembangkan beberapa akademi bola sepak di Vietnam.

Kini Persib Bandung sudahpun mengumumkan bekas pengendali KL City, Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih baru pasukan. Bojan bakal membimbing Persib Bandung mengharungi saingan Liga 1 Indonesia untuk musim 2023.

Ad