Park Tae-su: Janganlah Hanya JDT Saja
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Ketua pasukan Sabah FC, Park Tae-su mengajak seluruh peminat pasukan Sabah turun membanjiri stadium dalam setiap perlawanan melibatkan skuad The Rhinos.

Park Tae-su memuji pengorbanan penyokong-penyokong yang berjaya menghabiskan kuota jualan tiket bagi aksi Sabah menentang JDT. Beliau bagaimanapun menyeru penyokong untuk datang ke stadium dalam semua aksi, bukan sahaja ketika bertemu JDT.

“Wow, mantap. Tapi jangan la hanya JDT saja,” tulis Park di Instagram.

Advertisements

Kesemua tiket bagi aksi LS19 antara Sabah dan JDT habis terjual dan tidak akan ada penjualan tiket secara fizikal. Kedatangan penyokong ke stadium semestinya akan memberi impak besar serta motivasi tambahan buat para pemain.

Stadium yang mampu memuatkan seramai 20,000 penonton ini dijangka bakal menghangatkan aksi tumpuan LS19 ini. The Rhinos bakal melayan kunjungan Harimau Selatan di Stadium Likas dalam kempen Liga Super pada esok, 9 Ogos 2023.

Untuk rekod, kali terakhir JDT bertandang ke Likas menyaksikan gergasi dari Selatan itu berjaya menewaskan Sabah dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Berdasarkan kedudukan terkini carta Liga Super 2023, Sabah kini menduduki tangga kelima dengan meraih 36 mata secara keseluruhan selepas mengharungi 19 perlawanan.

Hanya dibezakan 4 mata dengan pasukan Selangor dan satu mata di belakang pasukan Kedah dan Sri Pahang, Sabah masih berpeluang untuk menamatkan kempen Liga Super 2023 di kedudukan kedua atau ketiga.

Anak buah Ong Kim Swee semestinya mahu memanfaatkan kelebihan beraksi sebagai tuan rumah untuk mengutip tiga mata menentang JDT esok malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram