Cristiano Ronaldo kembali ditimpa malang selepas pasukannya Al-Nassr, tewas lagi dalam aksi berdepan sebuah pasukan pertengahan Liga Saudi.
Pertembungan Al-Nassr menentang Al-Taawoun yang berlangsung di Stadium KSU menyaksikan tuan rumah gagal memanfaatkan deretan peluang yang dimiliki.
Al-Nassr turun selaku pasukan pilihan dalam aksi ini terpaksa menelan hakikat apabila tewas dengan keputusan 2-0.
Gol yang dijaringkan oleh Leandre Tawamba pada minit ke-20 dan Ahmed Bahusayn pada akhir babak kedua sudah cukup untuk menghampakan anak didik Luis Castro.
Kepulangan kapten Portugal berusia 38 tahun itu gagal memastikan pasukan beraksi baik dengan trio serangan Talisca, Mane dan Ronaldo buntu di hadapan gawang.
Kekalahan ini menyaksikan Al-Nassr tewas dua perlawanan pembukaan berturut-turut musim ini dan menghuni tangga ke-15 Saudi Pro League.
Aksi berikutnya cukup getir apabila Al-Nassr memerlukan sentuhan Ronaldo berdepan kelab UAE, Shabab Al-Ahli bagi pusingan kelayakan AFC Champions League.
Klip: Kekalahan memalukan Al-Nassr