Pasukan Ke-134 Dunia ‘Rantai’ Iraq
MakanBola
Kuwait FA
Sponsors

Pasukan ke-134 dunia telah merekodkan pencapaian luar biasa apabila meraih keputusan seri menentang Iraq.

Skuad kendalian Jesus Casas bermula baik dengan mempertaruhkan barisan pemain utama di laman sendiri.

Ad

Pasukan pelawat, Kuwait terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-39 menerusi percubaan kencang Yousef Nasser.

Ad

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak Kuwait.

Bersambung babak kedua, Nasser sekali lagi menceriakan kem kuwait berdepan Iraq yang menghuni tangga ke-56 dunia itu apabila meledak jaringan kedua pada minit ke-70.

Ad

Kegembiraan itu bagaimanapun tidak bertahan lama selepas pemain gantian, Akam Hashem menjaringkan gol pertama Iraq pada minit ke-93 sebelum Ibrahim Bayesh memastikan tuan rumah mencuri satu mata.

Ad

Keputusan itu memastikan Iraq terus unggul di tangga ketiga kumpulan dengan 12 mata selepas 7 perlawanan sementara Kuwait di tangga kelima dengan 5 mata.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments