Pasukan ke-14 dunia, Colombia bakal menjadi lawan pemanas badan Jordan menjelang Piala Dunia 2026.
Ini selepas Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) mengumumkan senarai empat aksi persahabatan antarabangsa yang akan dilalui pasukan itu pada Mac dan sebelum Piala Dunia bermula.
Kesemua lawan yang dipilih JFA dibuat dengan mengambil kira kedudukan Jordan dalam Kumpulan J. Aksi-aksi ini dilihat peluang terbaik buat Jordan beradaptasi sebelum saingan Piala Dunia bermula.
Selain negara Asia Barat itu, Kumpulan J turut mengandungi juara bertahan, Argentina, Algeria dan Austria.
Anak buah Jamal Sellami bakal menguji Costa Rica pada 27 Mac ini. Ini disusuli aksi menentang pasukan gergasi Afrika, Nigeria pada 31 Mac.
Jordan kemudiannya akan menentang Switzerland pada 31 Mei. Colombia menjadi aksi pemanas badan terakhir Jordan pada 7 Jun.
Aksi menentang Colombia dilihat peluang Jordan berentap dengan bintang-bintang hebat seperti James Rodriguez, Davinson Sanchez dan Luis Diaz.