Pasukan ke-19 Asia bakal menjadi ujian ketiga Selangor di AFC Champions League Two (ACL2).
Skuad kendalian Nidzam Jamil memperagakan persembahan cemerlang apabila menundukkan wakil Filipina, DH Cebu dengan keputusan 1-0.
“Kita rasa gembira dengan kemenangan ini. Saya fikir pada masa ini, kita sudah mengutip empat mata. Empat mata selepas dua perlawanan.
“Ini permulaan yang baik bagi kita selepas tujuh atau lapan tahun tidak menyertai pertandingan ini. Sudah tentu jangkaan tinggi tetapi sekali lagi, ini bola sepak.
Ujian ketiga menanti Gergasi Merah adalah jaguh Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors yang kini merupakan raksasa bola sepak Asia.
Pasukan bimbingan Kim Do-heon kini mendahului carta kumpulan selepas dua kemenangan awal dengan wakil Thailand, Muangthong United turut menjadi mangsa belasahan.
Rekod keseluruhan bagaimanapun tidak memihak Jeonbuk apabila tunduk mengejut 4-3 di tangan Daegu bagi aksi ke-33 K-League 1 sekaligus jatuh ke tangga ke-10 liga.
Selangor turut cemerlang apabila tidak tewas dalam 4 pertemuan terakhir sekaligus menghangatkan pertemuan di Stadium MBPJ pada 23 Oktober jam 8 malam.
Gergasi Merah kini berada pada kedudukan kedua dengan 4 mata selepas dua perlawanan awal.