Pasukan ke-5 Asia bakal menjadi lawan terhebat Selangor di Stadium MBPJ pada Oktober ini.
Skuad kendalian Nidzam Jamil masih segar dengan kejayaan melakar kemenangan 1-0 ke atas DH Cebu bagi aksi kedua AFF Champions League Two (ACL2).
Dua ujian besar menanti Gergasi Merah apabila dijadualkan menentang gegasi Korea, Jeonbuk Hyundai bagi aksi ketiga kumpulan pada 23 Oktober di laman sendiri.
Jeonbuk kini dalam momentum terbaik selepas membelasah kelab Thailand, Muangthong United tempoh hari dengan keputusan 4-1.
Tugas berat menanti Selangor apabila perlu melayan kunjungan pasukan ke-5 Asia, JDT bagi aksi Liga Super di Stadium MBPJ pada 27 Oktober.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada final Piala FA 2024 ketika Harimau Selatan membaham pasukan Lembah Klang itu dengan keputusan 6-1.
JDT kini unggul mengemudi saingan liga dengan 31 mata diikuti oleh Selangor dengan 25 mata selepas 11 perlawanan.
Gergasi Merah merupakan pasukan kedua terbaik di Malaysia menurut laman Opta Analyst dan menghuni tangga ke-100 Asia ketika ini.