Pasukan Ke-67 Dunia Berminat Uji Malaysia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Hasrat Malaysia untuk bertemu dengan pasukan dalam 100 terbaik dunua bakal termakbul apabila dikhabarkan satu perlawanan sedang diatur pada bulan September.

Menerusi perkongsian daripada Asean Football, anak didik Kim Pan-gon berpeluang untuk bertemu dengan pasukan yang berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mengasah taring Harimau Malaya.

Ad

Malaysia yang diundi satu kumpulan bersama gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan selain Bahrain dan Jordan bakal menjadi ujian sebenar skuad kebangsaan di Qatar.

Ad

Ini juga memberi gambaran bahawa Malaysia yang kini berada pada kedudukan ke-138 dunia berdasarkan kedudukan FIFA berkemungkinan akan berdepan Iraq.

Selain berada dalam satu kumpulan bersama gergasi Timur Tengah, Iraq juga mahu menguji kekuatan pasukan Asia Tenggara.

Ad

Nama Malaysia dan Thailand difahamkan berada dalam perancangan anak buah Jesus Casas yang diundi bersama dua pasukan Asia Tenggara iaitu Vietnam dan Indonesia.

Ad

Malaysia juga berkemungkinan akan mempertimbangkan pelawaan ini tatkala dua pasukan Timur Tengah menanti awal di Qatar tahun hadapan.

Harimau Malaya juga pasti mahu melupakan kekalahan lalu apabila tumpas 1-2 kepada Bahrain dan 4-0 di tangan Jordan pada pertemuan terakhir.