Pasukan Ke-96 Dunia Bakal Sertai Piala AFF?
Asia Tenggara
Kyrgyzstan Football
Advertisements

Pasukan yang berada di ranking ke-96 dunia FIFA, Kyrgyzstan dijangka bakal menyertai kejohanan Piala AFF.

Ini selepas Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Samet Khiev berkunjung ke Kyrgyzstan. Beliau bersama setiausaha agung badan induk itu, Winston Lee telah melakukan satu lawatan kerja ke Kesatuan Bola Sepak Kyrgyz (KFU) hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TheAseanFootball di laman X, Kyrgyzstan selepas ini dibenarkan untuk menyertai apa-apa kejohanan yang dianjurkan AFF.

Advertisements

Kedua-dua pihak dikatakan mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk pasukan kebangsaan Kyrgyzstan mengambil bahagian dalam kejohanan Piala AFF. Ia bagaimanapun belum ada kenyataan rasmi dan maklumat jelas berkaitan penyertaan mereka ini.

Kyrgyzstan yang kini masih bernaung dibawah Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) dijangka bakal memberi satu cabaran baru buat pasukan-pasukan di Asia Tenggara dan ia semestinya bakal merancakkan lagi persaingan di kejohanan dua tahun sekali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram