Pasukan ke-96 dunia bakal menjadi salah satu lawan paling hebat buat Harimau Malaya tahun 2024.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente memgharungi permulaan cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 pada bulan September.
Hasrat untuk mengekalkan rentak itu bagaimanapun tidak berjaya apabila tunduk kepada pasukan ke-95 dunia, New Zealand dengan keputusan 4-0.
Harimau Malaya yang kini menghuni tangga ke-133 dunia bakal bertemu dengan India pada aksi persahabatan Tier 1 FIFA pada bulan November di gelanggang lawan.
Kedua-dua pasukan pernah bertemu dengan India pada aksi Pestabola Merdeka 2023 tatkala kemenangan memihak kepada skuad negara dengan keputusan 4-2.
Malaysia akan bertemu dengan pasukan ke-96 dunia, Thailand bagi aksi Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024.
Aksi pertama menyaksikan skuad negara akan berdepan Kemboja sebelum melayan kunjungan Timor Leste pada 11 Disember.
Ujian sebenar Harimau Malaya adalah menentang Thailand pada 14 Disember di tempat lawan bagi mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir.
Malaysia tewas dengan agregat 3-1 menentang Thailand pada aksi separuh akhir tahun 2022.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum memutuskan sama ada mahu menghantar skuad terbaik atau pemain B-23 negara bagi kejohanan kali ini.