Advertisement
Pasukan Ke-97 Dunia Jadi Ujian Hebat Malaysia Ke Piala Asia
Harimau Malaya
MakanBola
Azri Haziq / MakanBola

Malaysia berpeluang untuk mengasah taring sebagai persediaan ke Piala Asia 2024 apabila bakal bertemu dengan lawan yang cukup hebat menjelang akhir tahun ini.

Undian bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 menyaksikan Harimau Malaya berdepan ujian mencabar apabila diundi bersama Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan atau Timor Leste yang akan beraksi terlebih dahulu pada pusingan pertama.

Dalam satu temubual selepas undian dilakukan, Kim Pan-gon menyatakan bahawa ini merupakan peluang terbaik yang diperoleh anak buahnya

“Jadi, satu cabaran yang bagus untuk kami. Satu motivasi yang bagus buat kami dan kami akan beri cabaran yang terbaik untuk pasukan Malaysia,” kata Pan-gon apabila ditemui media hari ini.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun dapat membuat persediaan terbaik menjelang aksi di Qatar apabila dijadualkan berdepan pasukan ke-97 dunia.

Pasukan yang dimaksudkan itu merujuk kepada Kyrgyzstan yang kini menjadi pasukan pertama yang bakal menguji kekuatan Harimau Malaya di Kelayakan Piala Dunia 2026.

Anak didik Štefan Tarkovič memiliki rekod kurang memberangsangkan pada aksi persahabatan FIFA Mac lalu apabila tewas dengan India 2-0 dan seri dengan Myanmar 1-1.

Kyrgyzstan bakal menjadi lawan pertama Malaysia yang beraksi di laman sendiri bagi aksi kumpulan D pada 16 November 2023