Pasukan Muda Vietnam Malukan Australia
Asia
VFF
Advertisements

Pasukan muda Vietnam mula mempamerkan belang dalam kejohanan Piala Asia Bawah 20 tahun apabila menumbangkan Australia dengan keputusan 1-0.

Vietnam yang diundi dalam Kumpulan B bersama Qatar, Australia dan juga IR Iran terus membawa prestasi memberangsangkan dalam kejohanan ini.

Pasukan yang dibimbing oleh pengendali baharu, Hoang Anh Tuan terus mempamerkan perkembangan yang cukup positif setelah menundukkan juara bertahan Piala Asia bawah 20 tahun itu dalam satu aksi persahabatan sebelum ini.

Advertisements

Gol awal yang diperoleh oleh Quoc Viet pada minit ke-6 sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan bermakna dalam aksi pembukaan kumpulan kali ini.

Kehadiran Hoang Anh Tuan dilihat telah mengubah wajah pasukan berbekalkan pengalaman luas beliau pernah membimbing pasukan bawah 20 tahun Vietnam pada tahun 2017.

Advertisements

Ketika itu, pasukan ini dibarisi oleh nama-nama seperti Nguyen Quang Hai, Nguyen Tien Linh, Doan Van Hau dan lain-lain.

Mereka juga layak ke Piala Dunia U-20 2017 setelah mara ke separuh akhir Piala Asia U-19 tahun 2016.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram