Advertising
Patrik Gustavsson Sedia Keluar Dari Bayangan Teerasil Dangda
MakanBola
Changsuek

Penyerang Thailand, Patrik Gustavsson sedia mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang legenda Thailand, Teerasil Dangda.

Kelibat penyerang berusia 36 tahun itu cukup digeruni oleh mana-mana pasukan setiap kali beliau beraksi untuk Thailand di peringkat antarabangsa.

Ad

Ini terbukti dengan statistik 128 penampilan dan 64 gol bersama skuad Gajah Perang. Selain itu, Teerasil juga membantu Thailand memenangi pingat emas Sukan SEA 2007, King’s Cup 2016 dan ASEAN Championship sebanyak tiga kali.

Ad

Gustavsson sedar bukan mudah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang veteran itu. Pada masa sama, beliau akan berusaha memberi yang terbaik sekiranya dipilih mengetuai jentera serangan Thailand.

“Ianya sukar untuk mengisi kekosongan (yang ditinggalkan Teerasil) tapi saya akan lakukan yang terbaik, semua orang akan lakukan yang terbaik. Kita (Thailand) akan terus maju, itu sudah pasti,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

Sejak dipanggil mewakili Thailand oleh jurulatih Jepun, Masatada Ishii pada September lalu, Gustavsson sudah meledakkan tiga gol dalam tiga penampilan.

Ad

Ini termasuk gol kemenangan ke atas Harimau Malaya dalam aksi ketiga Kumpulan A ASEAN Championship 2024 pada 14 Disember lalu.

Ad

Gandingannya bersama bekas penyerang OH Leuven, Suphanat Mueanta dijangka terus mendapat kepercayaan Ishii untuk aksi keempat Kumpulan A. Pasukan itu bakal berentap dengan Singapura di Stadium Nasional Singapura pada 17 Disember.