Pau Marti: Jumpa Lagi, Malaysia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Bekas pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente cukup menghargai tempohnya bersama pasukan itu.

Era Pau Marti sebagai pengendali skuad negara berakhir apabila Malaysia diikat tanpa jaringan dengan Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan A ASEAN Championship 2024.

Ad

Keputusan itu bukan saja menyebabkan Malaysia terlepas peluang layak ke separuh akhir ASEAN Championship 2024. Malah, itu juga aksi terakhir jurulatih Sepanyol itu bersama Harimau Malaya.

Ad

Ini kerana Pau Marti terlebih dahulu memaklumkan ASEAN Championship 2024 merupakan kejohanan terakhirnya bersama pasukan itu.

Kini, pengendali berusia 41 tahun itu menyifatkan menggalas tugas sebagai pengendali Harimau Malaya sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Ad

“Tempoh bersama Harimau Malaya sudah berakhir. Ia satu penghormatan untuk mewakili negara hebat ini di seluruh dunia sejak Februari 2022 dan memori tersebut akan kekal selama-lamanya,” katanya di X.

Ad

Pau Marti turut melafazkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak terutama para pemain dan staf kejurulatihan sepanjang bersama pasukan.

Ad

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada sokongan tidak berbelah-bahagi penyokong sepanjang melatih Harimau Malaya.

“Kepada semua peminat bola sepak di Malaysia, terima kasih atas sokongan anda yang berterusan, saya akan kenang layanan anda buat selama-lamanya,” tambahnya.

“Jangan putus asa, jangan berhenti memberi galakan dan kekal bersemangat menyokong pemain-pemain, kita mampu capai semua perkara bersama-sama.”

Peranan jurulatih Harimau Malaya bakal digalas bekas pengendali FC Tokyo, Peter Cklamovski. Jurulatih Australia itu bakal memulakan tugasnya pada 1 Januari 2025.