Pau Marti: Malaysia Berpeluang Cipta Sejarah
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Pau Marti Vicente melihat aksi menentang New Zealand sebagai peluang menempa nama dalam catatan sejarah bola sepak negara.

Selepas diikat 1-1 dengan kelab baru A-League, Auckland FC pada 11 Oktober lalu, kini fokus Harimau Malaya tertumpu pula kepada aksi persahabatan antarabangsa dengan All Whites.

Ad

Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak aksi persahabatan terakhir yang diadakan pada 23 Februari 2006. Aksi itu menyaksikan skuad negara tewas 2-1 kepada New Zealand di Auckland.

Ad

Tuan rumah mencetak dua gol menerusi Campbell Banks dan Andrew Barron. Manakala Harimau Malaya yang ketika itu dibimbing Norizan Bakar meraih gol saguhati menerusi Safee Sali.

Pau Marti sedar dari segi rekod pertemuan lalu, rekod memihak kepada New Zealand selaku tuan rumah. Tapi pada masa sama, Harimau Malaya juga membawa misi tersendiri.

Ad

Selain memburu kemenangan di bumi Auckland, ini juga peluang buat skuad negara untuk memperbaiki kedudukan ranking dari kedudukan ke-132 kepada kedudukan ke-130.

Ad

Justeru, beliau mahu barisan anak buahnya untuk tampil bersemangat dan menunjukkan persembahan terbaik bila berdepan New Zealand di Stadium North Harbour pada 14 Oktober ini.

Ad

“Saya fikir bagi pasukan kebangsaan, setiap perlawanan adalah istimewa. Dan saya juga fikir kita boleh mencipta sejarah.

“Jika kita menang besok (ke atas New Zealand), kita boleh pergi melepasi kedudukan ke-130 untuk ranking FIFA.

“Jadi, saya fikir ini satu lagi langkah buat pasukan ini. Dan kita juga memiliki motivasi sendiri untuk jadi lebih baik. Jadi, saya fikir jika kita berjaya mencapainya, ia akan jadi sesuatu yang bagus,” katanya dalam satu video Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Harimau Malaya berharap dapat mengulangi kejayaan mengalahkan New Zealand yang dicapai pada 1 Julai 1999. Skuad negara yang ketika itu dibimbing Haji Abdul Rahman Ibrahim menewaskan All Whites 2-1.

Azizul Kamaluddin dan Wan Rohaimi Wan Ismail mencipta nama sebagai penjaring di Stadium Shah Alam. Manakala New Zealand meraih gol saguhati menerusi penalti Chris Jackson.