Penolong jurulatih pasukan kebangsaan, Pau Marti Vicente sempat untuk merakamkan ucapan kepada pasukan muda negara yang sedang berjuang di bumi Hanoi, Vietnam.
Pasukan yang dibimbing oleh ketua jurulatih, Brad Maloney dilihat sedang berada pada prestasi terbaik untuk memenangi emas pada edisi kali ini.
Ini juga telah menarik perhatian oleh Pau Marti yang mahu para pemain memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman rasmi Twitter beliau, jurulatih berusia 42 tahun itu mengucapkan selamat maju jaya kepada para pemain yang sedang bertungkus-lumus di sana.
‘Selamat maju jaya kepada pasukan bawah 23 tahun negara di Vietnam.’
Malah, beliau juga terus-menerus untuk melihat kemajuan dalam perlawanan Malaysia di sana dengan ulang siar ciapan pada akaun rasminya.
Ini juga menunjukkan keprihatianan beliau terhadap persembahan yang ditonjolkan oleh pemain sungguhpun dilanda pelbagai ujian sebelum terbang ke sana.
Ini juga memberi kelebihan kepada para pemain untuk diserap masuk ke dalam skuad senior tatkala nama-nama seperti Luqman Hakim, Mukhairi Ajmal, Quentin Cheng dan lain-lain yang pernah bersama pasukan utama negara.
Malaysia memulakan saingan dengan langkah kanan selepas gol minit akhir Azfar Fikri telah pun mengesahkan kemenangan buat Malaysia.
Ini sudah pasti meningkatkan moral pemain negara untuk mengekalkan rentak dan permulaan cemerlang ini bagi memastikan Malaysia berjaya meraih pingat emas pada edisi kali ini.