Ads
Pau Marti Positif Bertemu New Zealand
Harimau Malaya
FA Malaysia

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente bersikap positif tentang aksi persahabatan pasukan itu dengan wakil Oceania, New Zealand.

Advertisements

Skuad senior negara bakal berangkat ke New Zealand untuk aksi persahabatan antarabangsa dengan All Whites pada 14 Oktober ini.

Advertisements

Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak kali terakhir melakukannya pada 23 Februari 2006. Menariknya, aksi terakhir Malaysia dan New Zealand turut diadakan di negara berkenaan.

Advertisements
Advertisements

Harimau Malaya yang ketika itu dibimbing Norizan Bakar tewas 2-1 kepada All Whites di Stadium North Harbour, Auckland. Tuan rumah mendahului pada minit ke-18 menerusi Campbell Banks.

Skuad negara kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Safee Sali pada minit ke-24. New Zealand kemudiannya meraih kemenangan menerusi gol lewat Andrew Barron.

Advertisements

Pau Marti melihat aksi menentang All Whites sebagai satu aksi berkualiti yang dapat menguji kemampuan barisan anak buahnya.

Beliau turut melihat aksi ini baik buat barisan kejurulatihan Harimau Malaya kerana ini dapat membantu mereka menilai kemajuan pasukan itu.

“Ya, saya fikir itu satu berita baik untuk bermain menentang mereka (New Zealand). Saya fikir bila kita terkeluar daripada kelayakan Piala Dunia, saya fikir aksi persahabatan berkualiti tinggi cukup penting buat para pemain.

“Dan juga buat para jurulatih kerana dapat menilai sejauh mana kita boleh pergi. Juga buat para pemain satu cabaran.

“Ini kerana jika kita berdepan lawan sebegini, ini bermakna kita perlu bekerja keras dan tidak menganggapnya sebagai perlawanan mudah,” katanya.

Pau Marti membimbing skuad negara muncul juara Pestabola Merdeka 2024 pada 8 September lalu. Kejayaan menewaskan Lubnan di final turut membantu pasukan itu mengakhiri kemarau kemenangan dengan lawan dari Asia Barat sejak 2014.

Skuad negara berharap dapat menamatkan kemarau kemenangan ke atas New Zealand. Kali terakhir perkara itu dicapai ialah pada 1 Julai 1999 semasa pasukan itu dibimbing Haji Abdul Rahman Ibrahim.

Advertisements

Malaysia menewaskan All Whites 2-1 di Stadium Shah Alam menerusi jaringan Azizul Kamaluddin dan Wan Rohaimi Wan Ismail. Manakala jaringan saguhati New Zealand dilakar oleh Chris Jackson menerusi sepakan penalti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram