Paulo Josue Dedikasikan ‘Siuu’ Kepada Faisal Halim
MakanBola
KL City FC
Sponsors

Kapten KL City FC, Paulo Josue mencuri tumpuan peminat bola sepak dengan melakukan keraian gol Siuu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Josue mengetuai barisan pemain The City Boys yang turun berentap dengan Kuching City FC untuk aksi pertama Liga Super 2024/25.

Ad

Meskipun kehilangan Kamal Azizi Mohamad Zabri pada minit awal permainan kerana kecederaan serius, itu tidak mematahkan semangat tuan rumah.

Ad

Malah, KL City membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi rembatan deras Josue yang menewaskan penjaga gol The Cats, Wan Azraie Wan Teh.

Pemain tengah kebangsaan berusia 35 tahun itu kemudiannya menceriakan penyokong dengan melakukan keraian Siuu – keraian ikonik yang selalu dilakukan bintang Selangor FC, Faisal Halim.

Ad

Ramai penyokong percaya keraian itu dibuat sebagai tanda sokongan Josue dan The City Boys kepada pemain sayap berusia 26 tahun itu.

Ad

Faisal ketika ini menjalani proses pemulihan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya selepas menjadi mangsa kes simbahan asid baru-baru ini.

Ad

Sebaik berita tersebut diketahui, ramai pemain dan entiti mendoakan agar beliau cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala. Ini termasuk dua bintang Manchester United, Andre Onana dan Alejandro Garnacho.

Ketika ini, KL City diikat Kuching City 1-1 selepas Pedro Henrique menyamakan kedudukan pada minit ke-19.