Ads
Liga Super
PDRM FC

Walaupun masih berbaki lima perlawanan liga, namun juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk menjulang trofi Liga Super musim ini.

Advertisements

Ini bermakna perlawanan menentang PDRM FC malam ini menjadi penentu kejuaraan buat JDT. Di atas kertas, ternyata kelebihan menjadi milik JDT memandangkan mereka belum pernah tewas dalam saingan domestik setakat ini.

Advertisements

Jalan JDT untuk menjulang kejuaraan dilihat semakin mudah selepas PDRM dikhabarkan hadir ke Johor Bharu dengan tanpa lima tonggak utama mereka. Perkara itu dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi di laman sosial X.

Advertisements

Advertisements

Lima pemain yang dimaksudkan adalah James Okwuosa, Kyaw Min Oo, Fadi Awad, Uche Agba dan Aliff Najmi. Kesemua mereka tidak dapat diturunkan menentang JDT malam ini akibat daripada kecederaan dan penggantungan.

Dengan ketiadaan lima tonggak utama PDRM itu, jelas kelebihan berganda menjadi milik JDT yang sudah pasti mahu menoktahkan perlawanan dengan sebuah kejuaraan.

Advertisements
Advertisements

JDT kini berada di puncak liga dengan mengumpul 61 mata jauh meninggalkan pasukan di tangga ke-2, Selangor FC yang mengumpul 49 mata. Namun hasrat JDT untuk mengekalkan 100 peratus kemenangan dalam liga tidak menjadi kenyataan apabila diikat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 26 Ogos lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram