PDRM Sambar Bekas Arkitek Skuad Piala Dunia Nigeria
Transfer
PDRM FC
Advertisements

Persiapan PDRM FC bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/2025 semakin positif apabila mengumumkan kehadiran tenaga import baru dari Nigeria, Chidi Osuchukwu.

Chidi Osuchukwu dibawa masuk ke PDRM secara percuma selepas meninggalkan kelab lamanya di Kazakhstan, FK Aksu pada awal tahun 2024.

Perpindahan Chidi ke PDRM telah diumumkan dalam satu hantaran di laman X rasmi kelab tersebut sebentar tadi.

Advertisements

“Kami teruja untuk mengumumkan ketibaan Chidi Osuchukwu ke PDRM FC! Pemain tengah berusia 30 tahun dari Nigeria itu bermain untuk FK Aksu di Kazakhstan musim lalu. Selamat datang Chidi!,” umum PDRM di laman X.

Untuk rekod, Chidi adalah pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi di bahagian tengah dan rekod beliau bersama kelab lamanya juga tidak kurang hebatnya.

Bagi musim 2022/2023 Liga Kazakhstan, Chidi telah tampil dalam 25 perlawanan bersama FK Aksu. Beliau berjaya meledak dua jaringan dan turut merekodkan empat bantuan gol sepanjang musim tersebut.

Advertisements

Lebih menarik lagi, Chidi pernah mewakili skuad kebangsaan Nigeria Bawah 20 tahun di kejohanan Piala Dunia B-20 pada tahun 2013.

Kemasukan Chidi ke PDRM seolah-olah memberi isyarat keseriusan PDRM bagi menghadapi saingan Liga Super musim baharu. Terdahulu, beberapa nama besar turut menyertai PDRM seperti Shahrel Fikri dan pertahanan berpengalaman dari Nigeria, Faith Obilor Friday.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram