PDRM Sambar Ifedayo Olusegun
Transfer
PDRM FC
Advertisements

Penjaring Terbanyak Liga Super musim 2021, Ifedayo Olusegun terus mewarnai arena bola sepak Malaysia dengan menyertai PDRM FC.

Perpindahan penyerang Nigeria berusia 33 tahun itu diumumkan pengurusan The Cops di platform media sosial mereka hari ini.

Perpindahan ini sekaligus mengesahkan khabar perpindahan yang dibawa wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk segmen redONE Keluar Masuk Liga M di Nadi Arena baru-baru ini.

Advertisements

Kehadiran Ifedayo bakal menambah sengat di bahagian serangan PDRM untuk saingan Liga Super musim 2024/25.

PDRM turut membawa masuk trio penyerang tempatan iaitu Shahrel Fikri (Negeri Sembilan FC), Hidhir Idris (Kuching City FC) dan Shafizi Iqmal Khirudin (Perak FC) untuk musim 2024/25.

Ifedayo sebelum ini beraksi untuk Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam separuh kedua musim 2023.

Advertisements

Meskipun hanya beraksi dalam 11 perlawanan Liga Super, beliau merekodkan 12 gol dan satu bantuan gol buat Sang Kenari mengikut data Transfermarkt.

Khidmatnya bersama enam pemain import lain kemudian tidak disambung pengurusan Sang Kenari selepas tamat musim 2023.

Ifedayo menjadi pemain import terbaru The Cops untuk musim 2024/25. Selain beliau, pasukan itu turut membawa masuk rakan senegara, Faith Obilor dan Chidi Osuchukwu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram