PDRM Tumpu Pembangunan Jangka Panjang Pasukan
Liga Super
PDRM FC
Advertisements

Keadaan kewangan PDRM FC yang sederhana menyebabkan pasukan itu tidak dapat berbelanja besar seperti pasukan-pasukan Liga Super lain.

Situasi ini mendorong The Cops menggilap bakat barisan pemain yang ada dan memberi tumpuan kepada pembangunan jangka panjang pasukan.

Bagi pengendali PDRM, Datuk Yunus Alif, langkah ini bukan saja membantu pasukan itu memberi saingan sengit dalam liga.

Advertisements

Malah, The Cops membantu pembangunan jangka panjang pemain terutama pemain muda agar dapat menjadi pemain terbaik sebelum meneruskan karier mereka di tempat lain.

“Yalah, pertama kali pengurusan sediakan bajet. Jadi, kita tak mampu nak membeli seperti pasukan-pasukan yang mewah. Jadi, pemain yang ada, asal mereka dapat gaji Alhamdulillah.

“Yang kita tekankan ialah semangat berpasukan bila bermain. Ada antara mereka juga anggota (polis) jadi kita masukkan juga dalam pasukan.

Advertisements

“Jadi, mereka menyerlah. Kita bina dia sebagai pemain yang mana mereka boleh menonjol satu hari nanti sebagai pemain terbaik. (Tapi dengan syarat) kita asuh mereka berterusan,” katanya kepada MakanBola selepas perlawanan Selangor FC-PDRM pada 16 Disember lalu.

Pendekatan yang dibawa The Cops menyaksikan mereka bukan saja dapat mengalahkan pasukan-pasukan ternama seperti Selangor, Sabah dan Sri Pahang.

Malah, ini membantu mereka menamatkan Liga Super musim 2023 di tangga kelapan dan menggondol gelaran juara Challenge Cup.

Advertisements

Pendekatan yang dibawa Yunus turut menyaksikan ramai pemain menyerlah dalam liga termasuk pemain import seperti Nabil Ahmad Latpi, James Okwuosa, Fadi Awad dan Ramdhan Hamid.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram