PDRM vs Terengganu: Terengganu Kena ‘Roadblock’ PDRM
MakanBola
PDRM FC

Terengganu FC hanya mampu meraih satu mata hari ini selepas diikat PDRM FC tanpa jaringan di Stadium MPBJ.

Bagi merobek benteng Sang Saka Biru yang kental, Tomislav Steinbruckner memberi kemunculan pertama kepada pemain import Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov.

Tetapi benteng pertahanan The Cops yang diterajui James Okwuosa berupaya menyerap setiap asakan yang dicipta pasukan pelawat.

Peluang terbaik Peteh hadir pada minit ke-18 menerusi penyerang Thailand, Adisak Kraisorn tetapi tandukannya tersasar.

Bersambung pada babak kedua, pasukan pelawat terus buntu mencipta jaringan. Ini mendorong Steinbruckner memasukkan Ivan Mamut bagi memperkuat jentera serangan.

Tetapi tuan rumah hampir-hampir mencuri kemenangan menerusi Marcus Macauley pada minit ke-68 tetapi cubaannya tersasar.

Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan Terengganu FC dan PDRM FC masing-masing kekal di kedudukan keenam dan kelapan liga.

Skuad Penyu selepas ini bakal berdepan Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 28 Julai ini.

Sementara The Cops pula bertandang ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu untuk menentang Kelantan United FC pada hari yang sama.