Berlaku ‘Pecah Amanah’ Melibatkan Dana Jutaan Ringgit Di Perak FC?
Dunia
Perakofficial
Advertisements

Pasukan Perak FC yang kini sedang beraksi dalam saingan Liga Premier terus terpalit dengan pelbagai isu yang seakan tidak berkesudahan.

Pada musim lalu, pasukan The Bos Gaurus sudah pun dipalit isu-isu seperti tunggakan pembayaran gaji yang menjejaskan rentak pasukan sehingga tersingkir ke Liga Premier.

Namun begitu, hal ini dilihat semakin membarah kerana isu gaji ini masih tidak selesai dan ada beberapa pemain yang menuntut tunggakan mereka segera dilangsaikan.

Advertisements

Sebelum ini, tular berita mengenai pasukan Perak yang hanya mendaftar 20 orang pemain termasuk 3 penjaga gol kerana beberapa pemain yang dilaporkan mengalami kecederaan.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Yunus menegaskan bahawa pihak pengurusan akan membuat pembayaran gaji tertunggak itu selewat-lewatnya pada 7 Mac ini.

Sungguhpun begitu, hal ini mendapat respon oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri G. Irudianathan yang mempersoalkan kedudukan wang yang diterima daripada kerajaan negeri kepada kelab tersebut.

Advertisements

Hal ini berikutan kenyataan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohammad yang menyatakan bahawa kerajaan negeri telah menyalurkan RM7 juta kepada kelab.

‘Saya hendak tanya kepada mereka, ke mana pergi wang berjuta ringgit yang disalurkan kepada pasukan bola sepak Pe­rak oleh kerajaan negeri?’

‘Bukankah wang itu sepatutnya digunakan untuk membayar segala hutang? Kenapa masih ada tunggakan gaji pemain,’ -katanya kepada Utusan.

Advertisements

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran Perak FC sehingga terpaksa menanggung hutang yang menceceah jutaan ringgit itu.

‘Mungkin ada berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan.’

Bukan itu sahaja, Irudianathan juga akan mengadakan perbincangan dengan pemilik Perak FC, Impact Media and Communication (IMC) Sdn. Bhd untuk mendapatkan penyelesaian berhubung perkara ini.

Advertisements

“Jika IMC bersetuju kami akan buat aduan agar tindakan diambil. Masa itu saya akan dedahkan nama-nama mereka semua, “katanya.

Kini, Perak FC masih lagi dibenarkan untuk bertanding dalam saingan Liga Premier sungguhpun terdapat beberapa masalah yang membelenggu pasukan ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram