Pejabat Kelab Indonesia, Arema FC Diserang
MakanBola
Radio Elshinta
Sponsors

Sebut saja Arema FC, ramai membayangkan tragedi Kanjuruhan yang mengorbankan lebih 135 orang pada Oktober tahun lepas. Dan akibat tragedi yang sama, pejabat kelab tersebut diserang oleh sekumpulan penyokong mereka beberapa jam lepas.

Insiden ini tercetus berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan kelab yang diterajui presiden Iwan Budianto dan pengurus besar Wiebie Dwi Andriyas. Ini kerana mereka merasakan Arema bersikap acuh tak acuh terhadap pengendalian tragedi Kanjuruhan.

Ad

Penyokong yang berang menyerang pejabat kelab di Jalan Mayjen Panjaitan, Kota Malang. Selepas pihak pengurusan keluar untuk menenangkan keadaan, barulah penyokong bertenang dan melaungkan tuntutan mereka.

Susulan itu, beberapa penyokong yang terlibat ditahan pihak berkuasa. Sementara tiga lagi individu yang cedera akibat rusuhan penyokong Arema dibawa ke Hospital Saiful Anwar, Malang untuk rawatan.

Ad

Keganasan penyokong Singo Edan itu menjadi punca mengapa banyak kelab Liga 1 Indonesia enggan membenarkan Arema menggunakan stadium mereka sebagai gelanggang sementara pasca-Kanjuruhan.

Ad

Ini menyebabkan beberapa perlawanan tempat sendiri Singo Edan itu ditangguhkan. Terbaru, perlawanan Arema-Bali United yang sepatutnya berlangsung esok kini ditangguhkan.

Ad

Masalah sama turut mengakibatkan pasukan Arema menjadi mangsa. Semalam, bas yang membawa pasukan itu dibaling dengan batu mengakibatkan beberapa pemain dan staf cedera.