Pelabur Persoalkan Zamsaham
Bisnes
TRW Kelantan FC
Advertisements

Nama pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham kembali menjadi bualan hangat selepas dikatakan terlibat dalam penipuan pelaburan pendanaan awam.

Perkara ini dikongsikan menerusi satu sesi sidang media bersama peguam dan pelabur yang mendakwa diri mereka ditipu oleh Zamsaham dalam pelaburan pendanaan awam di Kuala Lumpur.

Meneusi penjelasan tersebut, terdapat beberapa pihak yang dikatakan membuat pelaburan di bawah anak syarikat milik usahawan dari Johor itu yang dijanjikan pulangan lumayan.

Advertisements

Keadaan menjadi sebaliknya apabila perjanjian asal yang dimetrai antara dua belah pihak tidak dapat diselesaikan mengikut kontrak yang ditetapkan.

“Seperti yang dijelaskan, isu ini melibatkan beberapa orang individu dan sebuah syarikat setakat ini baru tampil mengenai perkara ini.”

“Seperti yang anda maklum, Zamsaham memiliki anak syarikat yang sering memasarkan diri mereka sebagai orang yang boleh memimpin dalam pelaburan saham seperti perniagaan hotel, rantaian makanan dan memiliki kelab Kelantan FC.”

Advertisements

Peguam juga memaklumkan bahawa tawaran yang dibuat oleh Zamsaham ini yang menjanjikan pulangan lumayan telah menarik minat ramai pihak untuk melabur.

Isu bermula apabila pihak Zamsaham menjanjikan pelaburan sebesar RM5 Juta terhadap syarikat IGSB.

“Anak guam kami telah diberi representasi oleh Zamsaham bahawa beliau akan membuat pelaburan sebesar RM5 Juta melalui salah satu syarikatnya iaitu Uncle Zam Holding Sdn. Bhd.”

Advertisements

“Persetujuan awal telah diubah oleh Zamsaham apabila beliau meminta untuk memiliki pegangan 70 peratus saham IGSB dan klausa tersebut tidak dimasukkan dalam perjanjian. Sehingga kini, bayaran yang dijadikan balas kepada pindahan saham menjadi milik Zamsaham itu masih belum dijelaskan sebanyak RM100 ribu.”

Pihak Zamsaham difahamkan telah melanggar perjanjian dalam kontrak yang termaktub namun meminta agar pihak IGSB melakukan bayaran kepadanya.

Menurutnya lagi, setakat ini sudah 7 orang individu tampil berkenaan wang yang telah dilaburkan kepada Zamsaham dan syarikat dijanji akan dimasukkan ke dalam senarai bursa.

Advertisements

“Dalam kelas yang dianjurka oleh Zamsaham, mereka (pelabur) telah dijanjikan bahawa syarikat akan disenarai ke dalam bursa pada tahun 2023 dan 2024 dan nilai pelaburan mencecah sekurang-kurangnya RM878 ribu,” jelasnya kepada Buletin TV3.

Pihak Zamsaham juga dikatakan gagal untuk melakukan mesyuarat agung sejak tahun 2022 seperti yang telah dikemukakan terhadap individu yang membuat pelaburan.

“Bayaran juga dilakukan ke akaun enterprise, bukan akaun syarikat selain tiada perkembangan tentang syarikat yang telah dilaburkan dan tidak ditunjukkan laporan audit kewangan syarikat yang terlibat.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram