Ads
Harimau Malaya
Azri/MakanBola

Penyerang Malaysia, Paulo Josue mempunyai pandangan tersendiri menjelang aksi Malaysia menentang Kyrgyzstan pada Khamis ini.

Advertisements

Paulo Josue kekal optimis dengan prestasi semasa Malaysia ketika ini namun dalam masa yang sama tetap mahu berhati-hati berdepan Kyrgyzstan.

Advertisements

“Para staf kejurulatihan telah melakukan analisis tentang persembahan pada Pestabola Merdeka tempoh hari dan telah memperincikan beberapa perkara yang perlu pemain perbaiki.: ujar Paulo Josue.

Advertisements

Advertisements

Pemain berusia 34 tahun itu juga mengakui pertahanan adalah tembok terakhir yang perlu mereka pecahkan untuk menghasilkan gol dan pemain Malaysia harus bersedia menghadapi pertahanan lawan.

“Amat penting untuk kita dapatkan tiga mata pertama ini kerana ini adalah pertandingan dan bukan lagi aksi persahabatan. Kita perlu lebih serius dan bersedia untuk aksi ini.”

Advertisements

“Kami selaku pemain bola sepak sentiasa perlu bersedia menerima cabaran. Tidak kira mereka pasukan dari mana dan bagaimana pertahanan mereka. Kebiasaannya pemain pertahanan akan lebih kuat dan tinggi.” tambah beliau lagi.

Penyerang KL City itu juga berpendapat terdapat beberapa aspek yang perlu Harimau Malaya tekankan jika ingin meningkatkan kualiti penghasilan gol.

Advertisements

“Jadi kita perlu tampil lebih baik dari segi melakukan hantaran dan juga melakukan percubaan ke arah gol. Kita harus bersedia kerana Kyrgyzstan adalah lawan yang sukar.” jelas Paulo.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram