Advertising
Peledak Timor Leste, Mouzinho Berkelana Ke Eropah
MakanBola
FK Igalo

Penyerang Timor Leste, Mouzinho memilih Eropah sebagai destinasi terbarunya.

Ini selepas penyerang berusia 22 tahun itu memilih menyertai kelab divisyen dua Montenegro, FK Igalo. Perpindahan beliau disahkan oleh pengurusan kelab berkenaan.

Ad

“Pasukan FK Igalo 1929 diperkuatkan dengan kehadiran penyerang antarabangsa dari Timor Leste yang menghabiskan tempoh setahun sebelumnya di Visakha. Inilah Barreto de Lima Mouzinho,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Mouzinho bukan satu-satunya pemain yang diumumkan menyertai FK Igalo. Kelab Montenegro itu turut mengumumkan perpindahan Mihailo Cmiljanovic, Jovanu Mirkovicu dan Matiji Stijepovicu.

Ini bukan kali pertama anak jati Maliana, Timor Leste itu berkelana ke luar negara demi karier bola sepaknya. Sebelum ini, beliau pernah menyertai kelab Kemboja, Visakha FC dan Angkor Tiger.

Ad

Perpindahan ini menjadikan Mouzinho pemain terbaru Timor Leste yang beraksi di luar negara.

Ad

Beliau mengikut jejak Gali Freitas (PSIS Semarang), Joao Pedro (Angkor Tiger), Olagar Xavier (Master 7), Elias Mesquita (Indera) dan Georgino Mendoca (Life FC).

Ad