Peluang Terengganu Huni Tempat Ke-3 Liga Super Makin Sukar
MakanBola
Terengganu FC

Pengendali Terengganu FC, Badrul Afzan Razali mengakui peluang pasukan itu memburu tempat ketiga Liga Super semakin sukar.

Terengganu bertandang ke Stadium MBPJ dengan misi memburu kemenangan ke atas Selangor FC pada 5 April lalu. Ini kerana mereka perlu merapatkan jurang mata dengan Kuching City FC dan Sabah FC.

Ad

Malangnya, perkara tersebut tidak berlaku. Alvin Fortes muncul wira Merah Kuning dengan meledakkan gol kemenangan di Stadium MBPJ.

Ad

Kekalahan ini menyaksikan Terengganu kini empat mata di belakang The Cats dan Sang Badak. Atas sebab itu, Badrul melihat bukan mudah buat Peteh untuk merampas kedudukan ketiga liga.

“Kita sudah tahu untuk tempat ketiga, kita berdepan kesukaran (untuk mendapatkannya). Peluang untuk tempat keempat masih lagi ada.

Ad

“Apa pun, kita akan tambah baik (mutu) penyudah pada malam ini. Dan tak lupa juga, kita dihukum dengan kesilapan melihat bola masih lagi menghantui kita pada malam ini,” katanya seperti dilaporkan Harimau Malaya.

Ad

Terengganu bakal berdepan PDRM FC pada 12 April. Ini disusuli aksi terakhir liga menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 20 April.

Ad

Terengganu bukan saja perlu menang kedua-dua perlawanan jika ingin menamatkan kempen dalam kelompok empat pasukan terbaik liga. Terengganu juga perlu mengharapkan keputusan perlawanan lain memihak kepada mereka.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments