Pemain 19 Tahun Jadi Taruhan Malaysia Hadapi New Zealand
MakanBola
Selangor FC

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente membuat kejutan dengan memanggil tonggak tengah skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Haykal Danish Mohd Haizon.

Haykal menjadi sebahagian daripada 27 pemain yang dipanggil jurulatih Sepanyol itu untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang New Zealand.

Ad

Pemilihan pemain tengah Selangor B-23 itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Haykal antara tonggak muda negara yang menyerlah semasa pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Tajikistan.

Ad

Penalti beliau memastikan skuad negara meraih kemenangan 2-1 ke atas pasukan dari Asia Barat, Oman dalam Kumpulan E.

Meskipun Malaysia gagal layak ke Piala Asia B-20 2025, prestasi yang dipamerkan Haykal di bahagian tengah sepanjang pusingan kelayakan menarik minat ramai penyokong negara.

Ad

Kempen Piala MFL musim 2024/25 menyaksikan beliau sudah merekodkan lima penampilan dan satu gol buat skuad muda Merah Kuning.

Ad

Malah, pada satu ketika, Haykal pernah ditawarkan peluang beraksi di Eropah pada 2022 selepas menarik minat kelab Luxembourg, Racing FC. Walau bagaimanapun, usaha perpindahan tersebut tidak dapat direalisasikan.

Ad

Haykal bukan satu-satunya pemain skuad B-19 negara yang diberi peluang menyertai skuad senior kebangsaan. Rakan sepasukan dan penjaga gol Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II, Haziq Aiman Mohd Esa turut dipanggil Pau Marti.

Haziq dijangka bersaing dengan tiga penjaga gol senior termasuk penjaga gol utama JDT, Syihan Hazmi Mohamed.