Pemain Berbakat Korea Dijangka Sertai JDT
MakanBola
Ratchaburi FC
Sponsors

Seorang pemain pertahanan Korea Selatan bakal menyertai Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M).

SNE Sports melaporkan bek tengah Korea Selatan, Park Jun-heong bakal memperkuatkan barisan pertahanan Harimau Selatan pada separuh kedua musim 2024/25.

Ad
Sponsors

Bek tengah berusia 31 tahun itu ketika ini beraksi untuk kelab Thai League 1, Ratchaburi. Jun-heong membantu kelab itu menamatkan musim di tangga keenam liga.

Ad

Bek tengah itu kaya dengan pengalaman kerana pernah beraksi di Jerman, Portugal, Hong Kong dan negara kelahirannya, Korea Selatan.

Berdasarkan data Transfermarkt, antara pasukan yang pernah diwakili Jun-heong ialah FSV Mainz, Kickers Offenbach, Atletico CP, Academico Viseu, Suwon Bluewings dan Kitchee.

Ad

Beliau pernah menggondol gelaran juara Hong Kong Premier League dan Hong Kong Sapling Cup untuk musim 2019/20.

Ad

Menariknya, Jun-heong juga bakal mencipta sejarah sebagai pemain Korea Selatan pertama mewakili Harimau Selatan.

Ad

Beliau akan memberi pilihan tambahan di bahagian pertahanan kepada jurulatih JDT, Hector Bidoglio terutama menjelang kempen Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) musim 2024/25.

JDT layak ke peringkat liga ACLE sebelah timur atas kapasiti sebagai juara Liga Super musim 2023. Kempen liga ACLE bakal membuka tirainya pada 16 September ini.