Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menolak kemungkinan bakal membawa masuk pemain import baharu pada jendela perpindahan kali ini.
Menerusi satu kenyataan oleh Astro Arena, pengendali Harimau Selatan, Tano Solari memberi bayangan bahawa pasukannya akan diperkuatkan dengan pemain baharu pada jendela perpindahan kedua ini.
JDT ketika ini terus gah memimpin saingan liga apabila mencatatkan kemenangan ke-15 musim ini untuk memisahkan kedudukan dengan pasukan tangga kedua, Selangor FC.
Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Argentina ini bagaimanapun
“Ini (perpindahan pemain) merupakan antara peraturan (dalam bola sepak). Mana-mana pasukan pun boleh menandatangani atau membawa masuk pemain-pemain baharu.”
“Siapa tahu, mungkin JDT juga akan membawa masuk pemain baharu? Tetapi, segalanya (keputusan) terserah kepada TMJ.”
Solari memberitahu bahawa pasukannya sentiasa menitikberatkan segala aspek dalam memastikan segala perancangan berlangsung dengan baik.
“Apa pun, kami sentiasa menitik beratkan kesempurnaan bagi pasukan ini agar sentiasa bersedia untuk mengharungi baki perlawanan musim ini,” katanya kepada Astro Arena.
Ura-ura melaporkan bahawa JDT berminat untuk membawa masuk penyerang sensasi Eropah, Radamel Falcao namun difahamkan tidak mencapai persetujuan yang sebaiknya.
Kini, usaha untuk memambah baik pasukan sudah tentu dilakukan bagi memastikan prestasi pasukan berada pada tahap maksimum.
JDT akan melayan kunjungan Negeri Sembilan bagi aksi berikutnya untuk terus melebarkan kedudukan selaku pendahulu liga.