Advertisements
Pemain Chelsea Buat Hal, Berebut Penalti Sesama Sendiri
EPL
MakanBola
Chelsea FC

Tular aksi beberapa pemain Chelsea yang dilihat bergaduh sesama sendiri berebut mengambil sepakan penalti.

Kejadian tersebut berlaku ketika perlawanan diantara Chelsea menentang Everton pada separuh masa kedua dimana The Blues sedang mendahului dengan jaringan 4-0 Everton.

Penyerang Chelsea, Nicolas Jackson dan Noni Madueke dilihat mahu mengambil sepakan penalti tersebut. Aksi tolak menolak antara satu sama lain berlaku.

Namun, situasi tersebut dihalang oleh kapten pasukan, Connor Gallagher. Kemudiannya, Cole Palmer ditugaskan untuk mengambil sepakan tersebut.

Jurulatih Chelsea, Pochettino menganggap insiden ini tidak boleh diambil ringan. Beliau mahu pemain lebih matang dan bergerak dalam satu pasukan.

“Palmer adalah penentu penalti. Ia tidak akan berlaku lagi, tidak boleh berkelakuan seperti kanak-kanak lagi.

“Memang memalukan. Saya memberitahu pemain ini adalah kali terakhir saya akan menerima kelakuan seperti ini. Ini bukan gurauan”.

“Sekali lagi, sangat jelas. Cole Palmer adalah penentu penalti,” katanya dipetik daripada wartawan Eropah, Fabrizio Romano.

Ketika ini, The Blues menduduki tangga ke-9 Liga dengan mengumpul 47 mata selepas memenangi 13 perlawanan dalam 31 perlawanan.

Selepas ini, Chelsea bakal hadapi pasukan gergasi, Manchester City bagi saingan separuh akhir Piala FA pada Ahad ini 21 April 2024.