Pemain China Mahu Bersara Awal Gara-Gara Singapura
Asia
FA Singapore
Advertisements

Kejayaan Singapura mengikat China 2-2 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 semalam mendorong kapten pasukan itu untuk mengumumkan persaraan.

Akhbar South China Morning Post melaporkan kapten China, Zhang Linpeng berbuat demikian kerana kecewa dengan prestasi yang dipamerkan pasukan itu.

Zhang melihat kegagalan China menewaskan The Lions di tempat lawan meskipun memiliki kelebihan dua gol sebagai isyarat kepada dirinya untuk mengundur diri dari pentas antarabangsa.

Advertisements

“Saya memikirkan perkara ini untuk satu tempoh yang lama. Saya fikir inilah masa untuk menamatkan karier skuad kebangsaan saya.

“Kita tidak boleh tewaskan Singapura. Saya fikir itu sesuatu yang tidak boleh diterima dan amat memalukan,” katanya kepada media selepas perlawanan semalam.

China mendahului menerusi dua gol yang disumbang bekas penyerang Espanyol, Wu Lei. Bagaimanapun, segalanya berubah pada babak kedua.

Advertisements

Singapura mula mendapat keyakinan apabila percubaan Faris Ramli pada minit ke-53 berjaya mengatasi penjaga gol China, Yan Junling.

Dan sembilan minit sebelum perlawanan berakhir, pemain gantian, Jacob Mahler menceriakan penyokong The Lions dengan gol penyamaan.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu semula di Tianjin pada Selasa hadapan untuk aksi keempat Kumpulan C.

Advertisements

Linpeng mewakili China sejak 2009 dan merekodkan 105 penampilan bersama pasukan itu mengikut data terkini Transfermarkt.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram