Advertisements
Pemain Futsal JDT Bakal Terbang Ke Russia
UltraSukan
UltraSukan
JDT Futsal

Persiapan skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) untuk Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2024 bakal lebih mantap.

Ini selepas skuad futsal Harimau Selatan dan pasukan e-sukan JDT, JDT|GBX Esports Team dijemput menyertai kejohanan Games of the Future 2024 di Kazan, Rusia.

Games of the Future ialah satu kejohanan antarabangsa membabitkan kelab-kelab dalam pelbagai disiplin sukan di mana ini termasuk teknologi terkini, produk digital, permainan video dan aktiviti fizikal.

Kejohanan ini bakal menyaksikan penyertaan 200 pasukan dan 2,000 peserta dari seluruh dunia. Games of the Future menawarkan hadiah lumayan bernilai AS$1.25 juta (RM5.9 juta).

Kejohanan yang bakal berlangsung dari 26 Februari hingga 3 Mac ini menyaksikan JDT bersaing dalam kategori Phygital Football (bola sepak fizikal dan digital).

Kategori ini menyaksikan penyertaan 16 pasukan yang bersaing secara digital (EA Sports FC 24) dan fizikal (perlawanan futsal).

Pemenang sesebuah perlawanan bakal ditentukan oleh jumlah gol yang dijaringkan sesebuah pasukan dalam kedua-dua bahagian berkenaan.

Related Articles