Ads
Liga Super
Terengganu FC

Normal bagi pemain bola sepak belum menunjukkan prestasi baik dalam dua perlawanan awal Liga Super. Pada masa sama, itu bukan lesen buat penyokong bola sepak menghina mereka. Tetapi itulah yang terjadi kepada penyerang import Terengganu, Ivan Mamut.

Advertisements

Dalam satu video yang tular di media sosial, Mamut diperlekeh seorang pekerja rangkaian pasaraya Giant semasa membeli barang keperluan di situ. Pekerja itu dikatakan memperlekeh kemampuannya sebagai pemain sambil mengambil beberapa daging ayam untuk dibungkus buat pemain tersebut.

Advertisements

Individu yang sama itu kemudiannya memperlekeh kemampuan Mamut berbahasa Inggeris sebagai tidak seberapa. Disebabkan dia bercakap menggunakan loghat Terengganu, ia tidak difahami bekas penyerang Inter Zapresic itu.

Advertisements

Advertisements

Sebaik ia dimuatnaik, ia mengundang kritikan keras ramai penyokong Peteh. Antara penyokong yang marah ialah pentadbir akaun Twitter Bola Sepak Terengganu (@BolaSepakTRG).

“Kamu nak kritik persembahan dia (Mamut) atas padang, dalam stadium tidak mengapa, tapi di luar padang, anda sepatutnya berkawan dengan dia, tunjukkan kemesraan dan kebudayaan kita, galakkan dia bekerja keras supaya dia menjadi penyerang terbaik TFC (Terengganu FC).

Advertisements
Advertisements

“Sikap sebegini sama sekali tidak boleh diterima. @GiantMalaysia, sila ambil tindakan serius terhadap isu ini,” tulis pentadbir akaun berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram