Pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) merakamkan ucapan semoga berjaya kepada Fernando Forestieri yang rasmi meninggalkan kelab gergasi Malaysia itu bulan lalu.
Antara pemain yang memberikan ucapan kepada Forestieri adalah Arif Aiman, Shahrul Saad, Junior Eldstal dan pemain import, Shane Lowry.
“All the best brother,” ucap Arif Aiman di laman instagram Forestieri.
Komen daripada Arif itu dibalas Forestieri yang menyatakan bahawa beliau pasti bakal merindui Arif selepas ini.
Seorang lagi pemain JDT iaitu Junior Eldstal turut tidak ketinggalan untuk memberikan ucapan buat Forestieri.
“Semoga berjaya untuk langkah seterusnya,” ucap Junior buat Forestieri.
Forestieri bukanlah nama yang asing di dalam kancah bola sepak Malaysia apabila gandingan beliau bersama Bergson dan Arif Aiman di JDT telah memberikan banyak kejayaan kepada kelab tersebut sejak 2022 lagi.
Tonggak lincah kelahiran Itali itu beraksi hampir tiga musim buat skuad Harimau Selatan dan mengecapi trofi pertama dalam kariernya di sini.
Namun beberapa siri kecederaan yang dialami memaksa beliau meninggalkan JDT lebih awal.