Pemain Jepun Ini Jaringkan Gol Sendiri Paling Cun
Asia
TWITTER J FOOTBALL NOW/ IG: TAKUYAWADA33
Advertisements

Menjaringkan gol sendiri bukanlah sesuatu yang manis untuk dikenang namun ianya mungkin sedikit berbeza apabila gol sendiri tersebut berlaku dengan pergerakan ataupun percubaan yang menarik.

Itu yang berlaku kepada pemain Yokohama FC, Takuya Wada yang menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan Liga J1 Jepun menentang pasukan Shonan Bellmare semalam di mana menyaksikan perlawanan berakhir seri 2-2.

Takuya Wada, 32 telah mengejutkan dunia bola sepak apabila menghasilkan gol sendiri paling cantik pada minit ke-23 perlawanan. Pada ketika itu, kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan 1-1 selepas Koki Ogawa menjaringkan gol buat Yokohama seawal minit pertama sebelum kedudukan disamakan Shuoto Machino 16 minit kemudian.

Advertisements

Gol tersebut dihasilkan selepas Takuya Wada yang dikatakan cuba menghantar bola ke rakan sepasukannya di bahagian kanan padang namun tidak berakhir seperti yang diharapkan apabila bola terus masuk ke gawang sendiri.

Hasikl tinjauan di komen, rata-rata peminat teruja menyaksikan gol tersebut yang dianggap gol sendiri paling menarik pernah disaksikan. Video tersebut juga telah disaksikan lebih 5 juta penonton di laman twitter popular, Out Of Context Football.

Ini merupakan perlawanan kedua buat kedua-dua pasukan dengan Yokohama masih gagal meraih kemenangan pertama selepas dua perlawanan manakala Shonan Bellmare berada di kedudukan teratas liga buat sementara hasil satu kemenangan dan satu seri.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram