Pemain Kacukan Malaysia Calon Baharu Perkuat ASEAN All-Stars
MakanBola
FA Malaysia

ASEAN All-Stars bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain kacukan Malaysia untuk aksi persahabatan menentang Manchester United.

Sebelum ini, tiga pemain negara iaitu Dominic Tan, Haziq Nadzli dan Sergio Aguero diumumkan menjadi sebahagian skuad ASEAN All-Stars.

Walau bagaimanapun, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan dua daripada tiga pemain Harimau Malaya itu tidak dapat menyertai skuad itu.

Justeru, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dilaporkan sudah memiliki pemain alternatif sebagai calon pengganti. Seorang daripadanya berstatus pemain kacukan Harimau Malaya.

“Dua daripada tiga pemain difahamkan tak dapat sertai skuad ASEAN All-Stars, namun akan digantikan pemain lain. Calon terbaru, pertahanan dan salah seorang ialah pemain kacukan!” katanya di X.

AFF juga dijangka mencari pemain alternatif sebagai pengganti pemain pertahanan Thailand, Nicholas Mickleson. Ini kerana kelab beliau dari Denmark, Odense BK tidak melepaskan pemain itu untuk aksi berkenaan.

ASEAN All-Stars merupakan sebahagian daripada dua aksi persahabatan pasca-musim United di Asia.

Selepas menentang ASEAN All-Stars di Kuala Lumpur pada 28 Mei, The Red Devils bakal turun menentang Hong Kong di Hong Kong pada 30 Mei.