Pemain Kacukan Malaysia Ledak 4 Gol Di Singapura
MakanBola
Lion City Sailors FC
Sponsors

Pemain berdarah Malaysia-Belanda, Putri Alyiah Seow makin berbisa bersama Lion City Sailors (LCS) apabila meledakkan empat gol dalam aksi terbaru Women’s Premier League (WPL).

Selepas menyumbat gol ketika aksi menentang Balestier Khalsa pada 17 Mac lalu, Alyiah terus membuktikan dirinya menjadi aset terbaru LCS ketika menentang BG Tampines Rovers pada 19 April lalu.

Ad

Mio Irisawa terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit keempat. Alyiah memastikan LCS mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-22.

Ad

Enam minit kemudian, giliran beliau pula meletakkan The Sailors di hadapan dengan menolak bola ke dalam gawang kosong.

Sarah Zu’risqha menyumbat dua gol pada minit akhir separuh masa pertama bagi menjadikan kedudukan 4-1 sehingga rehat.

Ad

Selepas rehat, Sarah melengkapkan hatrik pada minit ke-54. Penyerang Australia, Ruby Alexandra Brooks menyumbat gol kedua BG Tampines Rovers lima minit selepas itu.

Ad

Penjaring terbanyak LCS musim lepas, Raeka Ee menyumbat gol keenam pada minit ke-62. Beliau kemudiannya mencipta dua hantaran yang disudahkan Alyiah pada minit ke-70 dan 80.

Ad

Pemain gantian, Anaya Sehgal menyumbat gol pada minit ke-87 bagi memastikan kemenangan bergaya 9-2 buat The Sailors.

Keputusan ini menyaksikan LCS menerajui WPL dengan 10 mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Meskipun ramai mengagumi bisanya di hadapan gol, Alyiah menganggap ini terhasil menerusi usaha berpasukan semua pemain LCS.

“Saya rasa seronok dapat menjaringkan empat gol tetapi kebanyak gol tersebut merupakan gol berpasukan.

“Hantaran masuk (ke dalam kotak penalti), saya melakukan larian dan dapat menyudahkannya. Ini sebenarnya usaha berpasukan semua pemain,” katanya.

Memandangkan aksi menentang Tiong Bahru dan Still Aerion masih ditangguhkan, LCS akan kembali ke saingan WPL dalam tiga minggu. Mereka akan menentang Geylang International pada 10 Mei ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments