Pemain Kedah Darul Aman membuat pusingan-u apabila kembali bersama pasukan.
Baru-baru ini, skuad kendalian Nafuzi Zain terpaksa mengharungi kempen Liga Super tanpa pemain utama bertemu KL City di Cheras.
Pengendali muda itu bagaimanapun mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada para pemainnya yang berjuang hebat ketika menentang Sri Pahang.
Beliau turut mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelesaian berlaku di sebalik masalah yang melanda pasukan ketika ini.
Sang Kenari dilihat mendapat semula tonio tambahan selepas kehilangan beberapa pemain utama seperti kapten pasukan, Habib Haroon selain dua penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz dan juga Fikri Che Soh ke seteru Liga Super.
Kedah bakal mendapat semula sentuhan penjaga gol, Wan Mohd Syazmin yang kembali ditagih oleh pasukan menjelang baki musim 2024/25.
“Wan Mohd Syazmin Wan Rozaimi, pemain Sang Kenari yang dipinjamkan ke Sri Pahang FC diawal musim 2024/25 dipanggil semula barisan kejurulatihan ke pangkuan Sang Kenari untuk memperkuatkan barisan penjaga gol Sang Kenari,” ujar kenyataan kelab.
Khabar gembira terus hadir di Kedah selepas pemain utama pasukan dilihat terus berlatih menjelang aksi ke-11 menentang Terengganu pada 19 Oktober 2024.
[…] Source link […]