Pemain Kelahiran Malaysia Bakal Dilatih Legenda Chelsea
MakanBola
Maidstone United/ Chelsea
Sponsors

Pemain kelahiran Malaysia, Samuel Bone atau Sam Bone bakal mendapat tunjuk ajar legenda Chelsea yang pernah memenangi Liga Perdana Inggeris iaitu Damien Duff.

Sam Bone yang berusia 26 tahun bakal berhijrah ke kelab Ireland, Shelbourne FC yang kini dilatih Duff sejak November 2021 lagi.

Ad

Duff dalam satu kenyataan rasmi kelab berbangga membawa masuk Bone menyertai pasukan kendaliannya dengan melihat Bone mampu beraksi di tahap yang tertinggi.

Ad

“Kami semua gembira kerana Sam (Bone) telah bersetuju untuk kembali ke negara angkatnya. Dia mempunyai banyak tawaran di sini, tetapi bersetuju untuk datang ke Shelbourne FC dengan cepat yang saya suka.

“Dia mempunyai keupayaan teknikal yang luar biasa dan boleh memainkan pelbagai posisi ke tahap yang sangat tinggi,” jelas Duff dalam satu kenyataan rasmi kelab.

Ad

Perpindahan Bone ke Shelbourne hanya akan berlaku pada 1 Julai ini setelah kontrak beliau bersama kelabnya di England, Maidstone United tamat.

Ad

Sam Bone merupakan pemain yang mampu beraksi di beberapa posisi seperti pertahana tengah dan tengah bertahan. Bone dilahirkan di Kuching, Sarawak dan merupakan anak kepada bekas pemain import Sarawak, Billy Bone.

Ad

Namun begitu, hasrat untuk menyaksikan Bone menyarung jersi Harimau Malaya tampak sukar kerana difahamkan kelahirannya tidak didaftarkan di Malaysia.